Hari ni saya nak share sedikit pasal LifeTime Warranty dalam Tupperware, kerosakan macam mana yang boleh claim dan tidak boleh claim. Harap anda boleh jelas berkenaan ini dan lepas ni kalau ada Tupperware yang rosak atau reput jangan buang dulu, boleh rujuk di stokis-stokis sah berhampiran dulu.
Selama lebih 50 tahun, Tupperware Brands dengan bangganya menyanjung keunggulan produk dengan Jaminan Seumur Hidup. Semua produk Tupperware di bawah cap dagangan Tupperware oleh Tupperware Brands dijamin mampu berfungsi sepenuhnya untuk sepanjang hayat produk apabila digunakan bagi tujuan domestik yang biasa. Kami akan menggantikan tanpa sebarang caj, mana-mana produk Tupperware atau bahagiannya yang menunjukkan sebarang kecacatan perkilangan apabila digunakan bagi tujuan domestik yang biasa.
Sekiranya Syarikat tidak lagi memiliki stok bahagian atau produk gantian, syarikat akan memberi bahagian atau produk alternatif dalam warna yang terkini, yang menawarkan fungsi dan nilai yang sama dengan atau produk asal. Syarikat berhak untuk menerima danatau menolak pilihan produk alternatif yang disyorkan oleh perunding dan atau pelanggan untuk tukar ganti produk.
SYARAT-SYARAT WARANTI TUKAR GANTI
💖 Sekiranya bahagian gantian tiada ganti lagi dalam stok, semua komponen atau bahagian lain yang melengkapkan sesuatu produk hendaklah dihantar balik untuk digantikan, walaupun bahagian-bahagian tersebut masih berada dalam keadaan baik.
💖Sekiranya bahagian gantian atau produk gantian tiada lagi dalam stok, maka produk alternatif hendaklah dipilih daripada katalog biasa mengikut harga yang dinyatakan.
💖 Bahagian yang digantikan atau produk alternatif mungkin tidak akan diberi dalam warna yang asal. Pilihan warna adalah tidak dibenarkan.
💖Sekiranya produk alternatif mempunyai nilai yang lebih rendah, tiada bayaran balik akan diberikan.
💖Sekiranya produk alternatif mempunyai nilai yang lebih tinggi, perunding atau pelanggan dikehendaki membayar perbezaan nilainya. Ini dipanggil tambah nilai.
💖 Tambah nilai untuk produk yang digantikan ini tidak akan dikira untuk tujuan komisyen dan bonus di bawah Pelan Bisnes Tupperware Brands atau mana-mana insentif.
========================
Perunding atau pelanggan boleh membawa produk Tupperware Brands mereka ke mana-mana pusat perniagaan (stokis) untuk jaminan tukar ganti.
Ni contoh-contoh item-item atau part yang boleh claim bawah Life Time Warranty.
Yang boleh claim :
1 Reput sebab peredaran masa
2 Terkoyak seperti penutup bekas
3 Retak atau Rekah (crack)
4 Menggeleding (warping)
5 Menggelupas (peeling)
6 Menyerpih (chipping)
Yang TIDAK BOLEH CLAIM
1 Kotor
2 Gigitan
3 Cair
4 Kecuaian
5 Perubahan warna
6 Calar (Scratch)
7 Kesan Potong (cuts)
8 Leaking (yang berkenaan paip)
9 Cetakan (printed)
10 Tali (straps)
11 Sarung (pouches)
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda! 😘